Bertepatan dengan matlamat KPT dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya, Akreditasi Program dilaksanakan bagi membuat penilaian dalam menentukan sama ada suatu program itu memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Program ini bertujuan untuk memastikan program yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan garis panduan lain yang berkaitan.
Program yang mematuhi standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan akan diberikan Perakuan Akreditasi (status akreditasi) dan program berkenaan layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency, (MQA)'.
Perakuan Akreditasi ini penting sebagai tanda aras kualiti program pengajian dan juga memberi manfaat berikut kepada pelajar:
Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit.
Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka.
Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Maklumat lanjut mengenai status akreditasi boleh diperolehi di Laman MQA
No comments:
Post a Comment