Sistem pengajian tinggi dibentuk bagi memastikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dapat membina reputasi dengan mempunyai keupayaan yang dinamik, berdaya saing, mampu meramal cabaran mendatang dan bersedia bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan globalisasi. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.
Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaituuniversiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) danuniversiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 lagi universiti berfokus.
Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, universiti berfokus tertumpu kepada bidang khusus berkaitan penubuhannya, manakala universiti komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.
IPTA di Malaysia
Universiti | Ciri-Ciri |
Universiti Penyelidikan | • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan • Kemasukan kompetitif • Pensyarah berkualiti • Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50 |
Universiti Komprehensif | • Pelbagai bidang pengajian • Kemasukan kompetitif • Pensyarah berkualiti • Nisbah siswazah dan pascasiswazah 70:30 |
Universiti Berfokus | • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan • Kemasukan kompetitif • Pensyarah berkualiti • Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50 |
No comments:
Post a Comment