Sunday, 11 March 2012

Jika Kita.............




Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak lalai dan MENYALAHI SYARIAT

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya

Tuesday, 6 March 2012

Jangan Marah Saat Ada Yang...............


Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
 Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
 Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
 Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.


Saturday, 3 March 2012



TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…

Thursday, 1 March 2012

Ingatlah pada Yang Esa

Wahai manusia!!!!
Akulah pelindung terbaik buatmu. Sedangkan engkau hamba terburuk buat-Ku. Kau raup segala apa yang Kuberikan kepadamu. Kututupi keburukkan yang engkau buat secara terang-terangan. Aku sungguh malu kepadamu, sedangkan engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku. Engkau melupakan diri-Ku dan mengingati yang lain. Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada Aku engkau merasa tenang sahaja. Kepada manusia engkau takut dimarahi. Tetapi murka-Ku engkau tak peduli.

Tuesday, 28 February 2012

Biodata ROKOK

Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang dan merosak kesihatan dan masa depan orang lain
Gaji : 200 juta setahun
Kadar bunuh : 10 ribu setahun
Peminat : 46 juta setahun
Buruan utama : Remaja & kanak2
Hasil : 50 Penyertaan baru setiap hari
Target : Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat
Isi kaandungan : 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya
Saat dibenci : Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar
Pernah ditangkap : 0 kali
Sebab : Terlalu banyak di dunia.
Mungkinkah di dalam kocek anda!
Sebab ketagih : Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`
Temopat tinggal : Kedai runcit, kilang dan gudang
Jangka hayat : 10 batang 100minit
Musuh : Pejuang2 `Tak Nak Merokok`
Kebaikan peminat : Tak usah tua sebab mati awal
Keburukan peminat : Tertipu... ditipu
Rakan karib : Mancis dan pemetik api

Sunday, 26 February 2012

Hadith #1

Prophet Muhammad said:

"If you are mindful of Allaah, He will protect you, and if you are mindful of Allaah, you will find Him ever with you. When you ask for anything ask it from Allaah, and if you seek help seek help from Allaah. Know that if the people were to unite to do you some benefit, they could benefit you only with what Allaah had written for you, and that if they were to unite to do you some harm, they could harm you only with what Allaah had written against you. The pens (of writing the Divine decree) have been lifted and the pages have dried (of their ink)."

[At-Tirmithi]

Tuesday, 21 February 2012

Tahukah Anda? #1


Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Acara lompat jauh (dalam sukan) pernah di rekod adalah sejauh 8.95m.

Monday, 20 February 2012

IPTA, IPTS & Badan Kerajaan



INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

AGENSI KERAJAAN

Friday, 17 February 2012

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN


Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

Wednesday, 15 February 2012

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya



Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
"Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu. 

Ingatilah kepada Allah s.w.t.Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.Sentiasalah mengingati mati.

Sunday, 12 February 2012

Jangan Pernah Mengalah


BERUSAHALAH jangan pernah mengalah... 
jika dirimu jatuh itu tanda ada kebaikan yang lain yang dirancang untukmu... 
Jangan takut utk JATUH, kerana tak pernah JATUH tidak akan merasa kesakitan. 
Jangan takut utk GAGAL, kerana orang yg tak pernah GAGAL itu adalah orang yg tak pernah mencuba!
Jangan takut utk SALAH, kerana kesalahan pertama kita dapat mencari kebenaran pada langkah kedua & seterusnya.

Saturday, 11 February 2012

Cara Senang Untuk Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati




Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walau selepas mati .

Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .
...
Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

Kongsi mesej ini kepada orang ramai . Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah... :)

Wednesday, 8 February 2012

Balasan Syurga Pada Yang Sabar


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Monday, 6 February 2012

Syor naik gaji minimum di Sabah, Sarawak tampung kos hidup


MEMANDANGKAN kos sara hidup yang semakin meningkat, adalah wajar Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) mengkaji semula kadar gaji minimum untuk Sabah dan Sarawak. Malah mengikut perkiraan biasa, kos sara hidup di Sabah dan Sarawak dikatakan jauh lebih tinggi berbanding dengan beberapa negeri di Semenanjung. Justeru, pandangan majlis berkenaan yang dibentangkan kepada Kabinet baru-baru ini seharusnya diberikan perhatian oleh kerajaan bagi merangka satu formula baru yang lebih munasabah untuk menentukan kadar gaji minimum bagi kedua-dua negeri berkenaan.

Akhbar ini kelmarin melaporkan Jemaah Menteri mengarahkan MPGN supaya bermesyuarat semula untuk mengkaji kadar gaji minimum sebanyak RM770 yang ditetapkan pada mesyuarat akhirnya Disember lalu. Keputusan itu selaras dengan kehendak rakyat dan langkah tepat dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin menekan golongan berpendapatan rendah. Mengambil kira harga barangan dan kos perkhidmatan yang lebih tinggi di kedua-dua negeri berkenaan, adalah wajar satu kadar gaji minimum yang lebih munasabah ditetapkan bagi Sabah dan Sarawak. Kadar minimum ditetapkan itu sepatutnya diselaraskan atau melebihi kadar di Semenanjung, iaitu RM900 sebulan berbanding RM770 yang dicadangkan sebelum ini.
Kita berharap MPGN yang turut dianggotai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang dijangka bermesyuarat lagi Jumaat ini mengambil kira semua faktor berkaitan dalam merumuskan gaji minimum itu. Menurut laporan, pada 2010 ada 2.2 juta pekerja swasta di negara ini yang menerima gaji pokok di bawah paras RM1,000 sebulan, manakala kira-kira 1.8 juta lagi memperoleh pendapatan RM750 sebulan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar RM440 sebulan. Kita berharap dalam usaha menetapkan kadar baru gaji minimum itu, pihak terbabit harus teliti dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa secara komprehensif seperti kos hidup, kadar kemiskinan, tekanan inflasi, indeks pengguna, kadar pengangguran serta produktiviti pekerja.
Selain itu, kajian MPGN dan Kementerian Sumber Manusia juga harus memikirkan jangkaan perubahan ekonomi yang akan berlaku pada masa depan memandangkan kadar gaji minimum itu akan diguna pakai untuk satu tempoh lama selepas ini. Memandangkan gaji minimum baru itu akan memberi manfaat kepada lebih lima juta pekerja sektor swasta di negara ini, adalah diharapkan kajian semula dapat menghasilkan satu kadar yang berdaya mampu. Kedua-dua pihak perlu menghasilkan keputusan bijak dan adil agar rakyat Sabah dan Sarawak tidak berasa dianaktirikan kerana mereka juga memberi sumbangan sama penting dalam memajukan ekonomi negara.

Credit to : Minda Pengarang; 2012/02/07

Karnival kerjaya sebar maklumat peluang pendidikan

LEPASAN sekolah dan ibu bapa berpeluang mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dan strategi pemilihan program pengajian berkesan kepada anak mereka pada Karnival Kerjaya Industri Pembinaan 2012.


Program anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

LJM dalam kenyataannya, berkata aktiviti berlangsung pada 13 Februari 2012 bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012. Karnival itu katanya, mempamerkan sumbangan industri pembinaan terhadap pembangunan dan kemajuan negara.

Pelajar pula, kata kenyataan itu lagi, berpeluang mendapatkan maklumat realiti industri kejuruteraan, seni bina dan juruukur bahan, sehari dalam kehidupan seorang jurutera, arkitek, juruukur bahan serta panduan memilih kerjaya daripada pakar industri.

“Bagi graduan pula, karnival ini menyediakan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan dan temuduga terbuka diadakan oleh syarikat perunding kejuruteraan, seni bina dan ukur bahan serta JobsMalaysia.

“Peluang penempatan latihan industri bagi pelajar universiti juga disediakan,” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Keterangan hubungi penganjur Nik Kamaliah pada talian 03-26980590 dan 019-2828016, atau layari laman web mybem@bem.org.my / nikkamaliah@gmail.com

Kalender Peperiksaan STPM & MUET 2012


Sukatan Pelajaran STPM Terminal & Baharu (Modular)


Sukatan Pelajaran STPM

Sukatan Pelajaran STPM Baharu (Modular)

  1. 900 Pengajian Am
  1. 910 Bahasa Malaysia
  1. 911 Bahasa Cina
  1. 912 Bahasa Tamil
  1. 913 Bahasa Arab
  1. 920 Literature In English
  1. 922 Kesusasteraan Melayu
  1. 930 Syariah
8.    930 Syariah
  1. 931 Usuluddin
9.    931 Usuluddin
  1. 940 Sejarah
  1. 942 Geografi
  1. 944 Ekonomi
  1. 946 Pengajian Perniagaan
  1. 948 Perakaunan
  1. 950 Mathematics S
  1. 954 Mathematics T
  1. 956 Further Mathematics T
  1. 958 Computing
  1. 960 Physics
  1. 962 Chemistry
  1. 964 Biology
  1. 966 Sains Sukan
  1. 970 Seni Visual

 

Copyright © 2010 PRA - U SMKTSJA KOTA TINGGI, JOHOR. | Premium Blogger Templates & Photography Logos | PSD Design by Amuki