Sunday, 11 March 2012

Jika Kita.............




Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak lalai dan MENYALAHI SYARIAT

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya

Tuesday, 6 March 2012

Jangan Marah Saat Ada Yang...............


Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
 Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
 Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
 Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.


Saturday, 3 March 2012



TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…

Thursday, 1 March 2012

Ingatlah pada Yang Esa

Wahai manusia!!!!
Akulah pelindung terbaik buatmu. Sedangkan engkau hamba terburuk buat-Ku. Kau raup segala apa yang Kuberikan kepadamu. Kututupi keburukkan yang engkau buat secara terang-terangan. Aku sungguh malu kepadamu, sedangkan engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku. Engkau melupakan diri-Ku dan mengingati yang lain. Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada Aku engkau merasa tenang sahaja. Kepada manusia engkau takut dimarahi. Tetapi murka-Ku engkau tak peduli.

Tuesday, 28 February 2012

Biodata ROKOK

Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang dan merosak kesihatan dan masa depan orang lain
Gaji : 200 juta setahun
Kadar bunuh : 10 ribu setahun
Peminat : 46 juta setahun
Buruan utama : Remaja & kanak2
Hasil : 50 Penyertaan baru setiap hari
Target : Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat
Isi kaandungan : 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya
Saat dibenci : Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar
Pernah ditangkap : 0 kali
Sebab : Terlalu banyak di dunia.
Mungkinkah di dalam kocek anda!
Sebab ketagih : Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`
Temopat tinggal : Kedai runcit, kilang dan gudang
Jangka hayat : 10 batang 100minit
Musuh : Pejuang2 `Tak Nak Merokok`
Kebaikan peminat : Tak usah tua sebab mati awal
Keburukan peminat : Tertipu... ditipu
Rakan karib : Mancis dan pemetik api

Sunday, 26 February 2012

Hadith #1

Prophet Muhammad said:

"If you are mindful of Allaah, He will protect you, and if you are mindful of Allaah, you will find Him ever with you. When you ask for anything ask it from Allaah, and if you seek help seek help from Allaah. Know that if the people were to unite to do you some benefit, they could benefit you only with what Allaah had written for you, and that if they were to unite to do you some harm, they could harm you only with what Allaah had written against you. The pens (of writing the Divine decree) have been lifted and the pages have dried (of their ink)."

[At-Tirmithi]
 

Copyright © 2010 PRA - U SMKTSJA KOTA TINGGI, JOHOR. | Premium Blogger Templates & Photography Logos | PSD Design by Amuki